Popular Posts

Saturday 29 December 2012

Penghujung semester 1

achak hehe

terlebih dahulu admin berterima kasih kat kwan2 admin,roomates,housemate admin dan lecturers..cewah.n teramat terima kasih kt kwan admin bernama siti zuriani yg menerangkan maksud sem satu .( seriously admin xthu apa tu cuti sem sehinggala kwan bgthu hehe) tu kisah sebelum masuk IPT.

sekarang kisah penghujung sem satu admin..wahhhhhhhhhh macam xpercaya hehe.Bnyak aktiviti contohnya prgi trip dgn kekawan,shopping sebelum balik rumah,jalan2 cri makan ,dan saat yang dinantikn oleh semua termasukla pensyarah,mahasiswa dan mahasiswi serta hulubalang yg berkaitan adalah ....menghadapi final exam ..jeng jeng..hihi antara moment bersama kawan2 semasa kelas terakhir sebelum study week A k a study weak


saat yang dinantikan bakal tiba..pergh!!  berdebar-debar..makan xlalu,tidur xkenyang..mandi basah..(yang penting kwal tekanan ye..^_^) org lain exam juga jangan tak ingat jaga kesihatan. ~  pesanan ini dibawa khas oleh fiszahnur..~

Nak kongsi pengalaman semasa trip minggu lepas..best..hehe mempersembahkan"pengembaraan ke Ranchan Waterfall serian bersama sekretariat kebajikan UNIMAS  " ..


taadaaa..hehe mula2 xnak mandi sebab malas nak membasahkan baju di waterfall..tapi niat berubah sebab apa..senang ja..sebab tengok Air terjun ..haha
akhirnya terjun juga ke dalam air bermandi manda..sadis..sadis hehe

moralnya: jangan xcuba perkara baru dan menikmati keindahan yang sedia ada di depan mata.Misalnya menikmati kesejukan air terjun kerna pengalaman ni sangat bermakna dan pasti Syok :-)

belum habis lagi,rilex..makan popcorn ye..sambil membaca blog haha
sebelum kejadian ,admin ikut xmas event di unimas..bukan menyambut ye..sekadar menjadi AJK logistik..( xsalah membantu sebnrnya asalkan niat betul x menyimpang ke arah lain)

tapi admin xdapat  menghalang kalau ada segelintir individu xbersetuju dengan admin kerana orang lain persepsinya..Admin xberhak mempertikaikannya
yang admin tahu,tolong -menolong :-) bukan berunsurkan keagamaan semata- mata.ingat tu..


pengalaman mengajar kita menjadi seseorang lebih baik dalam mempebaiki kelemahan diri ..Pengalaman juga membantu menambahkan pengetahuan ^_^ dari mana eyh ayat ni terlupa hehe sori...







Thursday 29 November 2012

kehidupan ku di universiti ^_^

holla my loved blog hehe lama dah admin xupdate..huhu
banyak perkara dh admin tempuh sepanjang bergelar siswi.hehe
da pahit dan manis pengalaman.
nak kongsi sikit  perkara yang pasti akan berlaku terhadap mahasiswi dan mahasiswa adalah :

  1. assignment..( boleh kusut fikiran gara2 assgnmnt berlambak mandi memang basah tpi makan xlalu konfirm berlaku )
  2. maggie.oh maggie...teman sejati  di universiti.(xkisahla perasa apa pun..konfirm magie mnjadi pilihan )
  3. harga makanan yang tinggi.( tu la masa sekolah xsyukur kantin sekolah bg harga murah merungut.ni dh masuk u ,harga makanan berlipat gnda hehe)
  4. bnyk kwan baru( dari seluruh negara)
  5. terpengaruh bahasa dialek seseorng ( klo jmp kwn sbh,trikut2 ckp sbh..hehe klo jmp kwn dr utara..pandai pla ckp utara wlpn xfasih sangat sekurng2nya cuba hihi )
  6. tidur lewat( pukul 12 tghmlm msih awal..tpi bila pgi dtg kelas knfirm mengantuk hehe cari pasal tanggung sendiri )
  7. tanggungjawab bnyk ( pandai2 la urus masa tp bila trlalu bnyk hnya tuhan yang tahu )
  8. hangout( xkisah cuti,hari minggu ka ada ja keluar ambil angin mahupun buang angin haha)
  9. pembelian kredit atau topup yg bnyak ( bila hidup kt u bnyak memerlukan kredit khususnya yg da pakwe,makwe ..bkn tu ja nak buat perjumpaan pun perlu sekarang..dengan kawan2 kuliah )
  10. homesick( teringat kt family jauh nun disana,masakan ayah dn mak..pergh..boleh xfokus dibuatnya)
  11. movie..gara2 xda television..movie dlm laptop menghiburkan lara ketika boring walaupun certa yg sama..layan ja apa boleh buat.
  12. kreativiti memasak terserlah..time kat u ni la yg x pandai masak pandai menceburi diri dalam masakan hehe walaupun hanya menggunakan heater.dari maggie biasa menjadi maggie tomyam siap da udang dalam .bertapa inovatifnya semasa d universiti hihi


Sunday 19 August 2012

Redha dengan ketentuanNya

Hari raya menjelang tiba..rindu dan sayu pula mengenangkan syawal tahun ni :-) fuhh..sabar..mungkin da hikmah disebalik dugaan yg dihadapi.


rakan2,ex pelajar..jiran tertangga mengubat rindu ke kampung hehe terima kasih.muah5..haha



sambil2 beraya,sama2 kita hargai kehidupan kita da sekarang..bersyukurla..iklan dr youtube ni buat admin menangis dn rasa bersyukur sngat.sesungguhnya masih da lgi yg kurang bernasib baik seperti kita :')

Wednesday 1 August 2012

Duit..duit kemana kau duit

 Pada Zaman 80-an@90-an ,(macam bercerita pla hihi) orang pernah ckap  Malaysia ada mengeluarkan wang kertas Rm 1000 dan Rm500..




rasa xpercaya pun da ni..bayangkan duit kertas Rm 1000..ringan dompet xpayah bawa bnyak Rm 50,10,duit syiling..nak ambil gaji pun senang kn..kalau gaji RM 1500,dua helai wang kertas ja dperlukan..hihi


pastu admin cari gambar wang kertas malaysia RM 1000 dan RM 500.Akhirnya jumpa juga..Yes2!!!(maklumla bru thu hehe)




Persoalannya, bila la da lagi wang kertas macam RM1000 dan RM 500 akan dikeluarkan lagi ?? jeng..jeng..jeng..hehehe

ni  pla duit syiling dan wang kertas terbaru malaysia :-)


Thursday 21 June 2012

kenali anda batu permata yg mana

Januari = Garnet

Februari = amethst/kecubong

Mac= Aquamarine

April = Diamond/ berlian

 Mei= Emerald/ zamrud
 Jun=Pearl/mutiara


Julai = Ruby/ delima


Ogos= Peridot/zabarjab
September= Sapphire/nilam

Oktober= Opal/ tourmaline

November = Topez/cempaka
Disember = Tuiquoise

Tuesday 12 June 2012

Rahsia kesihatan dari dapur.

ramai dalam kalangan kita kurang mengetahui kebaikan rempah atau bahan2 yang digunakan untuk memasak dalam kesihatan diri.jom kita berkongsi ilmu yang admin baca dan ingin kongsikan bersama.


1.Daun saderi

-Penawar darah tinggi
-Penawar racun (terutamanya daripada jangkitan bakteria)
-Membantu pencernaan.
(khusus utuk sesiapa yang xdapat mencerna makanan dengan sempurna )

2.Daun pandan

-Mengubati lemah saraf
-buang angin dalam badan
-menghitamkan rambut







3.Daun kari

-Menguatkan perut
-Penawar cirit birit( sesiapa yang cirit birit janganla kalian mengigit daun kari macam makan ulam,kena tahu cara terlebih dulu..admin xkan bertanggungjawab kalau xberkesan)
-Mengubati masalah haid
-Mengurangkan kolestrol dalam badan.



4.Daun sup

-mengubati masalah haid
-menurunkan tekanan darah tinggi
-mengawal suhu badan









5.Halia

-Mengatasi masalah kesejukan anggota badan
-mengubati selsema
-buang angin dalam badan
-meningkatkan tenaga( xtahu tenaga apa yang pasti tenaga akan meningkat)
menghilangkan bau mulut


6.Bawang merah

-mengurangkan risiko kanser (mempunyai unsur2 anti kanser)
-menghindar kanser perut
-membantu pertumbuhan tisu tulang
-menurunkan tahap gula dalam badan.




7.Bawang putih

-untuk menghalau vampire hahaha gurau ja
-memecah kolestrol dalam badan
-membantutkan pertumbuhan tumor dalam badan
-mengurangkan kemungkinan  untuk menghidap darah beku







8.Bawang besar

-menurunkan tahap kolestrol dalam badan
-baik untuk merawat asma,batuk,sakit dada dan sesak nafas.
-membantu menentang jangkitan bakteria



9.Kayu manis

-mengubati selsema
-melancarkan pengaliran darah dalam badan
-melegakan masalah lenguh-lenguh pada badan
-menghilangkan parut pada wajah (awet muda)



10.Ketumbar

-melancarkan pencernaan makanan dalam badan
-meningkatkan selera makan
-melegakan pening kepala
-mengubati penyakit tekanan darah tinggi





Tuesday 5 June 2012

kisah Dayang Esah Tandangsari

Pernah mendengar makam Dayang Esah Tandangsari?:-) mesti tak kan..admin juga hehe pertama kali terlihat signboard kat tepi jalan tertulis " Makam Dayang Isah".pasti ramai yang belum mengetahui pa yang istimewanya makam tersebut.

disini admin cerita sikit berdasarkan cerita dan lagenda makam Dayang Isah.sikit ja..xbanyak.hehe kalau nak banyak lagi,meziarah la ke Makam Dayang Esah di Pusa,sarawak.
 Dayang Esah dahulunya seorang gadis yang sangat cantik dan rupawan.kecantikan nya menyebabkan ramai jejaka jatuh cinta terhadapnya.

kemana saja dia pergi pasti diekori jejaka.hal ini menyebabkan suaminya berasa cemburu dan menuduhnya berlaku curang.Dyang Esah tidak dapat menahan tekanan dan amarah suaminya lalu dia mengambil tindakan membunuh diri.

Kisah Dayang Esah versi penduduk tempatan pula lain,Dayang Esah Tandang Sari yang lahir di situ bagaikan puteri kepada mereka.
 Dayang Esah Tandang Sari menjadi seorang yang sangat cantik dan hinggakan kerana kulitnya yang putih dikatakan menampakkan air sirih yang turun dari kerongkongnya.

sangat digilai ramai pemuda kampung pada waktu itu.
 dia meninggal dunia akibat dibunuh suaminya yang terlalu cemburu sehingga sanggup membunuh bekas teman lelaki Dayang Esah bernama Buntu.oleh kerana tindakan suaminya yang sangat sadis itu,Dayang Esah meminta suaminya membunuh nya dengan cara menjerut lehernya dengan tujuh utas tali.


Pasti hairankan kenapa tujuh utas tali..menurut cerita lagi,Dayang Esah tidak dapat dibunuh dengan apa-apa jenis senjata.Hanya dengan menjerut lehernya dengan tujuh utas tali boleh menyebabkannya hilang nyawa.

Namun,cerita sebenar yang berlaku hanya siempunya diri saja yang tahu.kita hanya mampu mendengar dan mengetahui.semoga rohnya dicucuri rahmat.Amin

Saturday 26 May 2012

"Bundle" dan jenama

mungkin ada yang tahu apa tu pakaian bundle atau lebih dikenali sebagai pakaian terpakai @ secondhand.
tapi segelintir masyarakat memandang serong bila ada ja orang beli pakaian bundle.
misalnya : eh,kau beli baju di bundle eyh..murahnya..low standard..(golongan orang macam ni perlu disedarkan lebih awal seriusly)

namun bagi yang xtahu,admin sendiri xmenyangka pakaian di kedai bundle sebenarnya lebih berjenama,standard walaupun secondhand.yang membezakan cuma la empunya ,tempat jualan,kualiti,dan harga.kalo pandai cari baju d kedai bundle xmustahil akan terjumpa baju yang berjenama yang berharga Rm 300 tapi d jual dengan harga Rm 50 macam tu.

pendek kata apa saja yang kita pakai,dimana saja kita beli..semuanya adala sama.. cuma kualiti,harga yang membezakan.orang yang kenal kita atau masyarakat yang berjumpa kita xkan teengok2 dibelakang baju kita semata-mata nak tengok jenama baju apa kita pakai.apa yang penting kita pakai selesa ..lagipun yang menggunakan adalah diri sendiri .^_^     gambar hiasan semata-mata >>>>>>

Monday 21 May 2012

Kenangan terindah yang ku xkan lupa.



kenanganku di kabin masih terpahat di hati dan memori..oh sekolah,rakan dan cikgu saya rindu kamu hehe


 
 kenangan semasa jualan amal hehe walaupun simple tapi fun