Popular Posts

Thursday 21 June 2012

kenali anda batu permata yg mana

Januari = Garnet

Februari = amethst/kecubong

Mac= Aquamarine

April = Diamond/ berlian

 Mei= Emerald/ zamrud
 Jun=Pearl/mutiara


Julai = Ruby/ delima


Ogos= Peridot/zabarjab
September= Sapphire/nilam

Oktober= Opal/ tourmaline

November = Topez/cempaka
Disember = Tuiquoise

Tuesday 12 June 2012

Rahsia kesihatan dari dapur.

ramai dalam kalangan kita kurang mengetahui kebaikan rempah atau bahan2 yang digunakan untuk memasak dalam kesihatan diri.jom kita berkongsi ilmu yang admin baca dan ingin kongsikan bersama.


1.Daun saderi

-Penawar darah tinggi
-Penawar racun (terutamanya daripada jangkitan bakteria)
-Membantu pencernaan.
(khusus utuk sesiapa yang xdapat mencerna makanan dengan sempurna )

2.Daun pandan

-Mengubati lemah saraf
-buang angin dalam badan
-menghitamkan rambut







3.Daun kari

-Menguatkan perut
-Penawar cirit birit( sesiapa yang cirit birit janganla kalian mengigit daun kari macam makan ulam,kena tahu cara terlebih dulu..admin xkan bertanggungjawab kalau xberkesan)
-Mengubati masalah haid
-Mengurangkan kolestrol dalam badan.



4.Daun sup

-mengubati masalah haid
-menurunkan tekanan darah tinggi
-mengawal suhu badan









5.Halia

-Mengatasi masalah kesejukan anggota badan
-mengubati selsema
-buang angin dalam badan
-meningkatkan tenaga( xtahu tenaga apa yang pasti tenaga akan meningkat)
menghilangkan bau mulut


6.Bawang merah

-mengurangkan risiko kanser (mempunyai unsur2 anti kanser)
-menghindar kanser perut
-membantu pertumbuhan tisu tulang
-menurunkan tahap gula dalam badan.




7.Bawang putih

-untuk menghalau vampire hahaha gurau ja
-memecah kolestrol dalam badan
-membantutkan pertumbuhan tumor dalam badan
-mengurangkan kemungkinan  untuk menghidap darah beku







8.Bawang besar

-menurunkan tahap kolestrol dalam badan
-baik untuk merawat asma,batuk,sakit dada dan sesak nafas.
-membantu menentang jangkitan bakteria



9.Kayu manis

-mengubati selsema
-melancarkan pengaliran darah dalam badan
-melegakan masalah lenguh-lenguh pada badan
-menghilangkan parut pada wajah (awet muda)



10.Ketumbar

-melancarkan pencernaan makanan dalam badan
-meningkatkan selera makan
-melegakan pening kepala
-mengubati penyakit tekanan darah tinggi





Tuesday 5 June 2012

kisah Dayang Esah Tandangsari

Pernah mendengar makam Dayang Esah Tandangsari?:-) mesti tak kan..admin juga hehe pertama kali terlihat signboard kat tepi jalan tertulis " Makam Dayang Isah".pasti ramai yang belum mengetahui pa yang istimewanya makam tersebut.

disini admin cerita sikit berdasarkan cerita dan lagenda makam Dayang Isah.sikit ja..xbanyak.hehe kalau nak banyak lagi,meziarah la ke Makam Dayang Esah di Pusa,sarawak.
 Dayang Esah dahulunya seorang gadis yang sangat cantik dan rupawan.kecantikan nya menyebabkan ramai jejaka jatuh cinta terhadapnya.

kemana saja dia pergi pasti diekori jejaka.hal ini menyebabkan suaminya berasa cemburu dan menuduhnya berlaku curang.Dyang Esah tidak dapat menahan tekanan dan amarah suaminya lalu dia mengambil tindakan membunuh diri.

Kisah Dayang Esah versi penduduk tempatan pula lain,Dayang Esah Tandang Sari yang lahir di situ bagaikan puteri kepada mereka.
 Dayang Esah Tandang Sari menjadi seorang yang sangat cantik dan hinggakan kerana kulitnya yang putih dikatakan menampakkan air sirih yang turun dari kerongkongnya.

sangat digilai ramai pemuda kampung pada waktu itu.
 dia meninggal dunia akibat dibunuh suaminya yang terlalu cemburu sehingga sanggup membunuh bekas teman lelaki Dayang Esah bernama Buntu.oleh kerana tindakan suaminya yang sangat sadis itu,Dayang Esah meminta suaminya membunuh nya dengan cara menjerut lehernya dengan tujuh utas tali.


Pasti hairankan kenapa tujuh utas tali..menurut cerita lagi,Dayang Esah tidak dapat dibunuh dengan apa-apa jenis senjata.Hanya dengan menjerut lehernya dengan tujuh utas tali boleh menyebabkannya hilang nyawa.

Namun,cerita sebenar yang berlaku hanya siempunya diri saja yang tahu.kita hanya mampu mendengar dan mengetahui.semoga rohnya dicucuri rahmat.Amin