Popular Posts

Tuesday, 5 June 2012

kisah Dayang Esah Tandangsari

Pernah mendengar makam Dayang Esah Tandangsari?:-) mesti tak kan..admin juga hehe pertama kali terlihat signboard kat tepi jalan tertulis " Makam Dayang Isah".pasti ramai yang belum mengetahui pa yang istimewanya makam tersebut.

disini admin cerita sikit berdasarkan cerita dan lagenda makam Dayang Isah.sikit ja..xbanyak.hehe kalau nak banyak lagi,meziarah la ke Makam Dayang Esah di Pusa,sarawak.
 Dayang Esah dahulunya seorang gadis yang sangat cantik dan rupawan.kecantikan nya menyebabkan ramai jejaka jatuh cinta terhadapnya.

kemana saja dia pergi pasti diekori jejaka.hal ini menyebabkan suaminya berasa cemburu dan menuduhnya berlaku curang.Dyang Esah tidak dapat menahan tekanan dan amarah suaminya lalu dia mengambil tindakan membunuh diri.

Kisah Dayang Esah versi penduduk tempatan pula lain,Dayang Esah Tandang Sari yang lahir di situ bagaikan puteri kepada mereka.
 Dayang Esah Tandang Sari menjadi seorang yang sangat cantik dan hinggakan kerana kulitnya yang putih dikatakan menampakkan air sirih yang turun dari kerongkongnya.

sangat digilai ramai pemuda kampung pada waktu itu.
 dia meninggal dunia akibat dibunuh suaminya yang terlalu cemburu sehingga sanggup membunuh bekas teman lelaki Dayang Esah bernama Buntu.oleh kerana tindakan suaminya yang sangat sadis itu,Dayang Esah meminta suaminya membunuh nya dengan cara menjerut lehernya dengan tujuh utas tali.


Pasti hairankan kenapa tujuh utas tali..menurut cerita lagi,Dayang Esah tidak dapat dibunuh dengan apa-apa jenis senjata.Hanya dengan menjerut lehernya dengan tujuh utas tali boleh menyebabkannya hilang nyawa.

Namun,cerita sebenar yang berlaku hanya siempunya diri saja yang tahu.kita hanya mampu mendengar dan mengetahui.semoga rohnya dicucuri rahmat.Amin

No comments:

Post a Comment